Bengkel Minecraft Hour Of Code
Tarikh : 26.4.2022
Hari : Selasa
Masa : 7.45-9.45 pagi
Tempat : Bilik ICT
Sasaran : Murid Tahap 2
Bengkel ini telah berjaya dilaksanakan mengikut perancangan yang ditetapkan. Bengkel ini dilaksanakan kepada murid bagi memberikan pendedahan tentang cara menggunakan kod arahan untuk menggerakkan sesuatu animasi. Ini merupakan sebahagian daripada asas pengaturcaraan aplikasi. Semua murid seronok untuk melaksanakan aktiviti dan berusaha untuk menyelesaikan tugasan yang terdapat dalam Minecraft. Semoga aktiviti seperti ini dapat dilaksanakan lagi pada masa akan datang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan