Khamis, 28 April 2022

Majlis Khatam Al-Quran SKPK Melaka 2022

Tarikh : 28.4.2022

Hari : Khamis

Masa : 7.45-10.15 pagi

Tempat : Dewan Serbaguna SKPK Melaka

Alhamdulillah, majlis ini telah berjaya dilaksanakan dengan baik dan teratur. Semoga majlis seperti ini dapat dilaksanakan lagi pada bulan Ramadan tahun hadapan. Terima kasih kepada semua warga sekolah yang telah bertungkus lumus untuk menjayakan majlis ini. 







Bengkel Minecraft Hour Of Code

Tarikh : 26.4.2022

Hari : Selasa

Masa : 7.45-9.45 pagi

Tempat : Bilik ICT

Sasaran : Murid Tahap 2

Bengkel ini telah berjaya dilaksanakan mengikut perancangan yang ditetapkan. Bengkel ini dilaksanakan kepada murid bagi memberikan pendedahan tentang cara menggunakan kod arahan untuk menggerakkan sesuatu animasi. Ini merupakan sebahagian daripada asas pengaturcaraan aplikasi. Semua murid seronok untuk melaksanakan aktiviti dan berusaha untuk menyelesaikan tugasan yang terdapat dalam Minecraft. Semoga aktiviti seperti ini dapat dilaksanakan lagi pada masa akan datang.









Bengkel Penggunaan Google Slide & Google Classroom dalam Pembelajaran

Tarikh : 25.4.2022

Hari : Isnin

Tempat : Bilik ICT

Sasaran : Semua murid

Bengkel ini memberikan pendedahan kepada pelajar tentang cara menggunakan Google Slide dan bagaimana untuk membina paparan persembahan menggunakan Google Slide. Kemudian, paparan yang dibina akan dimuat naik ke dalam Google Classroom. Dalam bengkel ini, murid ditugaskan untuk membina kad raya digital menggunakan Google Classroom serta membentangkan kad raya digital yang telah dibina. Semua murid menunjukkan minat terhadap penggunaan aplikasi Google dan teruja untuk mereka bentuk kad raya digital.








 Bengkel Canva & Pertandingan Mencipta Kulit Hadapan Buletin

Tarikh : 21 & 22.4.2022

Hari : Khamis & Jumaat

Tempat : Bilik ICT SKPK Melaka

Sasaran :

21.4.2022 : Murid Tahap 1

22.4.2022 : Murid Tahap 2

Alhamdulillah, aktiviti yang dirancang telah berjaya dilaksanakan dengan baik dan menarik minat murid untuk belajar mencipta kulit hadapan menggunakan aplikasi Canva. Berikut merupakan sebahagian daripada karya yang dihasilkan oleh murid.








  Ahlan wa sahlan ya Ramadan / 1444H Program ihya Ramadan telah dirancang dan akan dilaksanakan sepanjang bulan Ramadan. Antara program yang...