Rabu, 29 Jun 2022

Klinik Sport Stcking SKPK Melaka 2022

Tarikh : 16 Jun 2022

Hari    : Selasa

Masa : 8.45 pagi - 1.45 petang

Tempat : Dewan Hang Li Po, SKPK Melaka

Sport Stacking adalah sukan rekreasi yang sangat baik dalam membina kekuatan mental dan boleh menjadi terapi diri untuk lebih fokus dalam membuat sesuatu. Ini boleh membantu murid pendidikan khas dan dapat menjadi terapi tingkah laku. Klinik sport stacking ini dilaksanakan bagi mencungkil bakat terpendam murid serta melatih murid untuk menceburi sukan ini. Harapan di masa akan datang akan ada murid SKPK Melaka yang menjadi wakil sukan Sport Stacking di peringkat kebangsaan. Semoga program ini akan dilaksanakan lagi pada tahun hadapan. Terima kasih pada Cikgu Shazlin Binti Sulaiman selaku penyelaras sukan Sport Stacking kerana menganjurkan klinik Sport Stacking. Terbaik!.








PERTANDINGAN MERENTAS DESA PERINGKAT NEGERI MELAKA TAHUN 2022

Tarikh : 23 Jun 2022

Hari    : Khamis

Masa : 8.00 pagi

Alhamdulillah, 4 orang murid SK Pendidikan Khas Melaka telah berjaya menyertai Pertandingan Merentas Desa Pendidikan Khas Peringkat Negeri Melaka Tahun 2022. Syabas juga kepada adik Fatin Nur Balqis Binti Abdullah kerana telah melayakkan diri untuk menjadi wakil Melaka ke Pertandingan Merentas Desa Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaaan. Tahniah!. Murid SKPK Melaka sememangnya hebat-hebat belaka. 










PERTANDINGAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2022

Tarikh : 31 Mei 2022

Hari    : Selasa

Masa : 2.00 petang

Tempat : Taman Rekreasi Bukit Serindit Melaka

Setelah hampir dua tahun tiada aktiviti luar dijalankan, kali ini murid-murid telah berpeluang untuk mengikuti Program Merentas Desa di luar sekolah. Alhamdulillah. Terpancar keseronokan di wajah setiap murid. Guru-guru juga bersemangat untuk melaksanakan program ini. Program ini telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya hasil kerjasama semua warga sekolah. Moga program ini berjaya menyuntik semula semangat kesukanan dalam diri murid-murid. 













  Ahlan wa sahlan ya Ramadan / 1444H Program ihya Ramadan telah dirancang dan akan dilaksanakan sepanjang bulan Ramadan. Antara program yang...