Khamis, 26 Mei 2022

 Mesyuarat Agung PIBG SK Pendidikan Khas Melaka Kali Ke-30 Tahun 2021

Tarikh : 20 Mei 2022

Hari    : Jumaat

Masa : 2.45 petang

Tempat : Dewan Terbuka SKPK Melaka

Alhamdulillah pada kali ini mesyuarat PIBG dilaksanakan secara bersemuka. Inisiatif ini dilakukan kerana mesyuarat secara bersemuka telah boleh dilaksanakan selaras dengan SOP terbaru yang telah ditetapkan oleh KPM.

Ucapan ribuan terima kasih diucapkan kepada AJK PIBG sesi 2021 hingga 2023 atas khidmat dan komitmen yang diberikan bagi menjayakan majlis ini. Terima kasih juga diucapkan kepada semua Ibu Bapa yang sudi hadir dan menyertai mesyuarat. 













Majlis Sambutan Hari Raya Peringkat SKPK Melaka 2022

Tarikh : 20.5.2022

Hari : Jumaat

Masa : 7.40 pagi- 12.00 tgh hari 

Tempat : Blok Akademik SKPK Melaka

Alhamdulillah, majlis sambutan hari raya telah berjaya dilaksanakan dengan baik dan penuh meriah serta mengikut SOP. Majlis ini memberikan peluang kepada semua warga sekolah dan murid-murid untuk merasai suasana hari raya di sekolah serta jelas terpancar wajah kegembiraan murid-murid semasa meraikan majlis ini. Semoga majlis ini dapat dilaksanakan lagi pada tahun hadapan. 


Majlis Sambutan Hari Guru & Hari Pekerja SKPK Melaka 2022

Tarikh : 17.5.2022

Hari : Selasa

Masa : 7.45-9.45 pagi

Tempat : Blok Pentadbiran SKPK Melaka

Alhamdulillah, majlis ini telah berjaya dilaksanakan dengan baik dan teratur. Semua guru dan staff bersemangat untuk menyanyikan lagu Kami Guru Malaysia dan lagu Perkhidmatan Awam setelah hampir dua tahun tiada majlis seperti ini. Semoga majlis seperti ini dapat dilaksanakan lagi tahun hadapan. Terima kasih kepada semua warga sekolah yang telah bertungkus lumus untuk menjayakan majlis ini. 













  Ahlan wa sahlan ya Ramadan / 1444H Program ihya Ramadan telah dirancang dan akan dilaksanakan sepanjang bulan Ramadan. Antara program yang...