Selasa, 21 September 2021

PROGRAM SEHARI BERSAMA PANITIA TMK

Tarikh : 19 Ogos 2021

Hari   : Khamis

Pelaksanaan : secara atas talian.

TMK merupakan satu bidang penting dalam era moden ini dan penerapan ilmu teknologi sangatlah perlu untuk murid-murid. Oleh itu, pelbagai aktiviti telah dirancang dengan oleh panitia TMK untuk Program Sehari Bersama Panitia TMK. Antara aktiviti yang dijalankan ialah :

1. Video Pameran Peralatan dan Perisian ICT 

2. Risalah Pameran Peralatan dan Perisian ICT melalui aplikasi Anyflip

3. Kuiz Pameran Peralatan dan Perisian ICT melalui aplikasi Quizziz

Aktiviti tersebut dapat memberikan pendedahan dan pengetahuan pada murid tentang peralatan dan perisian asas yang terdapat dalam komputer. Tahniah diucapkan kepada ahli panitia TMK SKPK Melaka atas pelaksanaan aktiviti yang sangat menarik. Tahniah juga kepada semua murid yang terlibat dan ribuan erima kasih kepada semua Ibubapa yang sentiasa memberikan sokongan pada murid. 



    











PROGRAM SEHARI BERSAMA PANITIA RBT

Tarikh : 18 Ogos 2021

Hari   : Rabu

Pelaksanaan : Secara atas talian.

Panitia RBT merupakan salah satu panitia yang terdapat dalam Unit STEM SKPK Melaka. Alhamdulillah, semua aktiviti yang dirancang telah berjaya dilaksanakan. Antara aktiviti yang telah dilaksanakan ialah :

'Pertandingan Reka Bentuk Buah-Buahan'

Aktiviti ini dapat menggalakkan kreativiti murid untuk mereka bentuk. Rupanya ramai murid-murid SKPK yang kreatif dan mahir untuk mencipta bentuk menggunakan buah-buahan. Syabas dan tahniah pada murid-murid yang terlibat. Tahniah juga diucapkan pada Panitia RBT di atas pelaksanaan aktiviti yang sangat menarik. Berikut adalah antara hasil kerja murid :










Selasa, 14 September 2021

 PROGRAM SEHARI BERSAMA PANITIA SAINS

Tarikh : 12 Ogos 2021

Pelaksanaan : secara atas talian.

Aktiviti sekolah diteruskan lagi dengan pelaksanaan Program STEM yang melibatkan empat panitia termasuk panitia Sains. Pelbagai aktiviti telah dirancang dengan baik oleh panitia Sains untuk Program Sehari Bersama Panitia Sains. Antara aktiviti yang dijalankan ialah :

1. Video Kitaran Hidup Haiwan

2. Kuiz Kitaran Hidup Haiwan

3. Pertandingan Mencipta Model Kitaran Haiwan

Wowww! menarik kan?. Tahniah diucapkan kepada semua guru-guru sains SKPK Melaka. Anda sememangnya hebat. Tahniah juga kepada semua murid yang terlibat dan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua Ibubapa yang sentiasa membantu serta memberikan sokongan pada murid. 









PROGRAM SEHARI BERSAMA PANITIA MATEMATIK

Tarikh : 11 Ogos 2021

Hari   : Rabu

Pelaksanaan : secara atas talian. 

Panitia Matematik telah menjadi pembuka bagi Program Minggu bersama Unit STEM di mana panitia Matematik telah melaksanakan Program Sehari bersama Panitia Matematik. Alhamdulillah, aktiviti yang dirancang telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Tahniah diucapkan kepada semua ahli panitia Matematik. Tahniah juga diucapkan kepada murid-murid yang terlibat dan ibubapa yang sentiasa berusaha untuk membantu murid. Penglibatan murid-murid dan ibubapa juga sangat baik. Terima kasih, anda hebat!. Berikut adalah antara aktiviti yang telah dijalankan :

1. Kelas Jom Belajar Sifir secara Google Meet.

2. Kuiz Silang Kata Sifir melalui aplikasi Liveworksheet.

Melalui aktiviti tersebut, murid dapat tahu cara yang mudah untuk mempelajari sifir dan dapat menguasai sifir dengan lebih baik. 










  Ahlan wa sahlan ya Ramadan / 1444H Program ihya Ramadan telah dirancang dan akan dilaksanakan sepanjang bulan Ramadan. Antara program yang...