Majlis Pelancaran Bulan Bahasa 2021
Tarikh : 1 Julai 2021
Masa : 2.00 Petang
Pelaksanaan : Secara atas talian melalui Google Meet
Anjuran : Unit Bahasa, Panitia Bahasa Melayu, Panitia Bahasa Inggeris & Panitia Bahasa Isyarat Komunikasi
Tempoh Pelaksanaan Bulan Bahasa : Sepanjang Bulan Julai
Alhamdulillah, Syukur! Majlis Pelancaran Bulan Bahasa SKPK Melaka telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Terima kasih diucapkan kepada Tuan Guru Besar, En Mohd Zaki Bin Baharom di atas perasmian Pelancaran Bulan Bahasa 2021. Terima kasih juga diucapkan kepada semua warga sekolah dan Ibubapa yang terlibat dengan majlis ini. Sokongan daripada Ibu bapa sangat penting dalam menjayakan program ini dan memastikan penglibatan murid dalam aktiviti yang dirancang. Walaupun berdepan dengan situasi pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pihak sekolah dan guru-guru tetap berkomitmen untuk menjalankan aktiviti yang telah dirancang dengan sedikit penyesuaian terhadap Norma Baharu. Ini semua dilakukan demi kelangsungan pembelajaran yang berterusan untuk murid-murid SKPK Melaka. Penggunaan teknologi dan aplikasi sangat penting bagi menjayakan aktiviti Bulan Bahasa. Ini juga selaras dengan prinsip Pendidikan Abad-21 yang mementingkan penggunaan teknologi dalam pembelajaran. Semoga aktiviti-aktiviti yang telah dirancang dapat dilaksanakan dengan baik.