Mesyuarat Agung PIBG SK Pendidikan Khas Melaka Kali Ke-29 Tahun 2021
Tarikh : 22 Mei 2021
Hari : Sabtu
Masa : 9.00 pagi
Pelaksanaan : Secara atas talian melalui Google Meet
Buat julung-julung kalinya, mesyuarat PIBG dilaksanakan secara atas talian. Inisiatif ini dilakukan kerana mesyuarat secara bersemuka tidak boleh dilaksanakan selaras dengan SOP yang ditetapkan oleh pihak MKN ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Ucapan ribuan terima kasih diucapkan kepada AJK PIBG sesi 2019 hingga 2021 atas khidmat dan komitmen yang diberikan. Tahniah diucapkan kepada AJK PIBG sesi 2021/2022 yang baru dilantik dan semoga dapat menjalankan amanah dengan sebaik-baiknya. Terima kasih juga diucapkan kepada semua Ibu Bapa yang sudi hadir dan menyertai mesyuarat secara Google Meet.